Kelas ICT – Microsoft Word

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas ICT dan Advokasi. Objektif kelas pada petang itu adalah memantapkan lagi pengukuhan peserta dalam menggunakan Microsoft Word serta berlandaskan Advokasi. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Satu tugasan diberikan dengan menggunakan Microsoft Word. Dimana peserta diberi 1 tajuk iaitu Apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu tersebar? Dengan 4 kemudaratan dengan menggunakan Text Box, menukar warna dalam Text Box serta no outline dan penukaran text. Maka disini, peserta dikehendaki mengulangi sebanyak 4 kali langkah-langkah tersebut.

Daripada pemerhatian, terdapat beberapa orang peserta boleh menguasai kelas dengan baik. Walaupun ada beberapa peserta yang masih belum dapat menguasai namun kesungguhan mereka nenyiapkan tugasan amat memberansangkan. Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat membantu mereka dalam persiapan diri dalam kerja sekolah para peserta.


 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali